Jangan Biarkan Duit Anda RM2208 Hilang Sebab Tak Mula Menyimpan Emas Dari Sekarang

Fuhh! Kali ini Lia type dengan penuh rasa semangat membara-bara sebabnya hari ini harga emas Malaysia di paras TERENDAH dalam tempoh 2 bulan! Harga emas hari ini cuma RM184 sahaja. Jadi, Lia nak kongsikan sikit ni betapa dasyatnya kalau anda menyimpan emas walaupun anda baru nak bermula hari ini.

Lia yakin dan percaya semua orang mesti tahu kelebihan menyimpan emas. Lebih-lebih lagi semakin hari nilai RM (wang fiat) semakin merudum. Dan, lebih mengejutkan lagi pada tahun 2017, harga emas paling tertinggi mencatatkan RM198 pada bulan September baru-baru ini.

Dulu, Lia beli emas dengan harga RM160 je dengan Public Gold. Masa itu memang tak fikir panjang dah semua duit untung perniagaan Lia banyak tukarkan ke emas. Lia tak peduli harga emas naik atau turun, janji duit Lia bertukar jadi emas. Kalau tahun ni Lia ada 50 gram, Lia akan pastikan tahun depan simpanan emas Lia bertambah jadi 70 gram atau 100 gram. Itulah cara Lia menyimpan emas.

Cuma Lia faham, mungkin bagi sesetengah orang, tak tahu cara macam mana nak menyimpan emas ni. Ramai ingat nak simpan emas kena keluarkan beribu-ribu ringgit. Namun sebenarnya, ramai yang masih tidak tahu emas ni boleh dibeli dalam kadar yang kecil seperti 0.5 gram atau 1 gram.

Jadi Lia dengan berbesar hati nak mengajak kepada anda semua, terutamanya golongan anak-anak muda, untuk mula menyimpan emas hari ini. Bayangkan, kalau anda mula simpan emas hari ini RM184, anda dah berjaya simpan 1 gram. Kalau setiap bulan consistent simpan 1 gram, setahun dah jadi 12 gram, kalau 5 tahun dah semakin bertambah banyak menjadi 60gram!

Bila harga rendah begini, tolong jangan tunggu harga yang lagi rendah. Harga paling rendah hanya akan kita tahu bila harga emas naik balik dan harga itu hanya jadi sejarah, maksudnya kita dah tak boleh beli dah. Masa itu anda akan rasa penuh dengan kesal terhadap diri sendiri sebab tak mulakan dengan tindakan.

Jadi saranan Lia, mulalah menyimpan emas mulai hari ini walaupun dengan berat 1 gram. Pasti ramai yang baca post Lia ni terus rasa nak simpan emas dengan harga murahkan. Kalau ada kena lah beli sekarang juga! Jangan tunggu-tunggu lagi, Lia akan bantu anda sebaik mungkin cara menyimpan emas dengan betul.

Jom bersama Lia simpan emas bermula hari ni kerana jalan sebenar kekayaan bermula dengan menjadikan emas sebagai simpanan dan pelaburan!

Yes, walaupun cuma 1 gram!

Kenali Nur Aliah Mohd Nor

Beliau merupakan CEO kepada syarikat Chettaki Omey Sdn Bhd dan telah dijemput berkongsi kepada ratusan bisnesman di seluruh Malaysia. Lia ada kongsikan lebih banyak ilmu pelaburan emas di telegram.

Leave a Reply

Open chat
1
Hai. Kami Team Lia, Dealer Emas JomGold. Ada apa yang boleh kami bantu?