Ini Kiraan Mudah Untuk Zakat Emas & Barang Kemas. Semua Orang WAJIB Tahu.

Masih ramai yang tak tahu bila waktu mereka kena bayar untuk zakat emas ni dan macam mana nak buat kiraan zakat emas.

Sebelum Lia kongsikan, anda perlu faham 3 perkara ini,

  • Emas yang kita pakai
  • Emas yang kita tak pakai
  • Emas pelaburan

1 – Emas dipakai

Emas dipakai ni maksudnya emas perhiasan atau emas yang dipakai walau sekali dalam 1 tahun, wajib dizakatkan apabila berat emas dah lebih dari kadar uruf mengikut pada wilayah masing-masing. Wilayah Persekutuan ketika ini adalah untuk 800 gram.

Uruf maksudnya nilai pemakaian setempat yang dibenarkan

Kaedah pengiraan:
= berat emas x harga semasa x kadar zakat

Contoh:
= 900 gram x RM140 x 2.5%
= RM126,000 x 2.5%
= RM3,150 <— wajib bayar zakat

2 – Emas TAK dipakai

Emas yang kita tak pakai dalam tempoh 1 tahun wajib dizakatkan jika berat emas itu melebihi nisab 85 gram.

Kaedah pengiraan:
= berat emas x harga semasa x kadar zakat

Contoh:
= 100 gram x RM140 x 2.5%
= RM14,000 x 2.5%
= RM350 <— wajib bayar zakat

3 – Emas PELABURAN PATUH SYARIAH

Dekat sini, terbahagi kepada 2, iaitu emas fizikal dan akaun emas. Contoh Akaun Gold Accumulation Program (akaun GAP).

Emas fizikal maksudnya kita pegang, ada dekat tangan kita dan memang kita ada simpan. Akaun emas maksudnya kita ada simpan emas kat mana-mana akaun dan belum di fizikalkan lagi.

Jom kita fahamkan lagi..

A. EMAS FIZIKAL

Emas fizikal yang memang kita ada niat untuk pelaburan dan dapatkan keuntungan. Emas ni biasa dalam bentuk Gold Bar dan Syiling. Wajib dizakatkan jika berat emas melebihi nisab 85 gram. Kita akan bayar zakat ni di atas zakat perniagaan.

Kaedah pengiraan:
= berat emas x harga semasa x kadar zakat

Contoh:
= 400 gram x RM140 x 2.5%
= RM56,000 x 2.5%
= RM1,400 <— wajib bayar zakat

B. AKAUN EMAS

Ada setengah bank dia offer emas pelaburan contoh passbook atau gold accumulation program. Akaun ni dia tak record kan dalam bentuk wang ringgit, namun kita akan nampak jumlah unit dalam bentuk gram emas. Wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas itu melebihi nisab 85 gram. Akan dibayar atas zakat perniagaan

Kaedah pengiraan:
= berat emas x harga semasa x kadar zakat

Contoh:
= 200 gram x RM140 x 2.5%
= RM28,000 x 2.5%
= RM700 <— wajib bayar zakat


Dalil kewajipan zakat emas dan perak,

“…Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”

At Taubah : 34

Alhamdulillah! Sekarang dah nampak lebih jelaskan? Mudah dan senang je nak kira zakat emas ni.

Tips: Untuk timbang berat emas perhiasaan, boleh je pakai apa-apa timbang. Janji timbang 3 kali untuk dapat accurately berat dalam bentuk gram.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua ya!

Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang. Set See First Lia sekali ya agar anda tak terlepas dari posting penting Lia.

Kenali Nur Aliah Mohd Nor

Beliau merupakan CEO kepada syarikat Chettaki Omey Sdn Bhd dan telah dijemput berkongsi kepada ratusan bisnesman di seluruh Malaysia. Lia ada kongsikan lebih banyak ilmu pelaburan emas di telegram.

Leave a Reply

Open chat
1
Hai. Kami Team Lia, Dealer Emas JomGold. Ada apa yang boleh kami bantu?