Selamat Datang Ke Blog Jom Gold!

Izinkan saya perkenalkan diri dahulu. Saya Nur Aliah Mohd Nor, pengedar sah Public Gold sejak dari tahun 2016. Boleh panggil Lia.

Lia mula aktif dengan Public Gold waktu umur Lia 24 tahun. Ketika itu Lia ada keinginan yang tinggi sangat untuk menyimpan emas. Tapi tak tahu nak simpan emas apa. Dan Lia tak faham konsep menyimpan emas ini.

Kemudian dari situ Lia tekad nak belajar simpan emas, Syukur Alhamdulillah Allah swt lorongkan Lia untuk berjumpa dengan company Public Gold.

Next. Lia mula belajar konsep menyimpan emas, dan Lia tekad nak konsisten simpan emas setiap bulan. Walaupun 1 bulan 1 gram, janji mesti menyimpan dan Lia jadikan ianya sebagai hobi.

Syukur Alhamdulillah, dengan pengalaman dan ilmu yang Lia ada sepanjang 5 tahun ini, kini Lia berazam nak educate ramai orang untuk menyimpan emas.

Lia nak ramai orang celik tentang emas dan mereka boleh jadikan simpanan emas ini sebagai simpanan kecemasan, untuk hari tua dan untuk anak-anak mereka.

Lia doakan semoga kita semua capai segala impian kita dalam menguruskan kewangan dan semoga kita dipermudahkan perjuangan dalam menimba ilmu kerana Allah Taala.

Amin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻

Nur Aliah Mohd Nor,
Founder Master Dealer Public Gold
PG00074785

Jom Belajar Pelaburan Emas

Lia ada kongsikan lebih banyak ilmu pelaburan emas, tips, info menarik di telegram. Jom.

Open chat
1
Hai. Kami Team Lia, Dealer Emas JomGold. Ada apa yang boleh kami bantu?