Simpan Emas Ni Kena Faham 2 Benda Ini. Baru Berstrategi Beli Emas

  • Jangka Masa Pendek – Harga emas ada naik ada turun
  • Jangka Masa Panjang – Harga sentiasa naik

Harga emas naik pon sebab nilai duit kertas semakin lama semakin menyusut. Jadi sebagai penyimpan emas, ni 5 tips supaya kita sentiasa tenang dalam membuat simpanan :

1

Fokus kepada pertambahan gram, bukan RM

Kita akan cepat risau bila terlalu fokus kepada RM. Harga emas bergerak setiap saat. Tak logik kalau kita beli emas ni harga emas tak turun-turun.

2

Beli emas guna duit lebihan

Beli emas guna duit lebihan selepas kita dah buat simpanan kecemasan dalam bentuk RM untuk 3 ke 6 bulan duit gaji. Kalau dah ada simpanan kecemasan then boleh mula simpan emas. Cuba cek sat ada tak simpanan kecemasan?

3

Tulis matlamat menyimpan dengan lebih jelas

Contoh :

1 Dinar – Travel
10 Dinar – Umrah
50 gram – Deposit rumah
100 gram – Pendidikan anak-anak
250 gram – Pencen untuk hari tua

4

SIMPAN EMAS DALAM DOMPET

Kalau beli emas dengan cara akaun emas GAP, target simpan 5 gram. Kemudian keluarkan dan simpan dalam dompet. Serius aura emas ni lain macam kalau kita letak dalam dompet tau.

5

TARGET SIMPAN SAMPAI BOLEH BAYAR ZAKAT

Buat 1 target baru iaitu target nak simpan emas sampai boleh bayar zakat. Caranya simpan 85 gram ke atas atau 20 dinar. Then bayar zakat cuma 2.5% darab dengan harga emas semasa

Kawan-kawan,

Simpan emas ni bukan nak tunjuk kaya. Tapi nak elak lemas diwaktu cemas. Biar tak susah tapi tak miskin. Dan tak nak lagi lah simpan duit sikit-sikit, lama-lama masih sikit. Aikkk?!

Jangan begitu awak. 😆

Semoga bermanfaat!

Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini.

Kenali Nur Aliah Mohd Nor

Beliau merupakan CEO kepada syarikat Chettaki Omey Sdn Bhd dan telah dijemput berkongsi kepada ratusan bisnesman di seluruh Malaysia. Lia ada kongsikan lebih banyak ilmu pelaburan emas di telegram.

Leave a Reply

Open chat
1
Hai. Kami Team Lia, Dealer Emas JomGold. Ada apa yang boleh kami bantu?